Friday, January 5, 2007

UMK DAN UPM OFFER BANYAK JAWATAN KOSONG !!



http://www.umk.edu.my/ UNIVERSITI KELANTAN MALAYSIA -TARIKH TUTUP : 15 JANUARI 07

http://reg.upm.edu.my/ UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA -TARIKH TUTUP : 12 JANUARI 2007

Friday, December 22, 2006

Belayarlah Pak Lah


Sama ada benar atau tidak apa yang tersiar dalam berita internet dan blogger akan kisah pembelian yacht atau perahu layar yang mewah dengan harga hampir RM30 juta Malaysia oleh Perdana Menteri Malaysia, merangkap Imam Besar Islam Hadhari Abdullah Bin Hj Ahmad, pengarang sajak "Mencari Damai Abadi" yang mengatakan bahawa "aku tidak mencari wang berjuta dan harta bertimbun" itu adalah soal kedua.


Soal pertama ialah masa dia hendak berangkat keluar Negara minggu lepas, orang yang menghantarnya dan mencium tangan untuk mendapat berkat, hanya tahu dia ada urusan rasmi di luar Negara kerana melawat Venezuela dan tidak pula dikatakan bahawa dia ada program melawat tempat perahu layarnya yang dibina di Turkey.


Dalam masa dan saat berjuta rakyat Malaysia tidak tidur nyenyak kerana memikirkan bermacam masalah kehidupan dalam seminggu dua lagi ; Tol naik, pertanda harga minyak akan turun tidak ada, kehidupan sudah bercorak gali lubang tutup lubang dan jika tersilap macam peminjam along masuk lubang terus. Beban yang ditanggong oleh rakyat yang punya anak lebih dari satu untuk masuk sekolah tidak terkata, mana nak cari duit? Tiba-tiba Perdana Menteri yang selalu tidur nyenyak dan tidur dimana sahaja, diberitakan pergi melihat perayu layar yang ditempahnya sudah hampir siap. Harganya hampir sama dengan duit Felcra yang nak bantu berpuluh ribu peserta yang punya anak untuk bantuan persekolahan.



Bila dia bercakap dengan sombong dan angkuhnya bahawa anaknya Kamalludin Bin Dato Seri Diraja Maharaja Bendahara Abdullah sudah banyak duit dan kaya, sebenarnya dia tidak bodoh. Abdullah Hj Ahmad dalam perkara ini dia cerdik dan pandai. Jika ditanya orang, mana datang duit begitu banyak bagi membeli perayu layar mewah, semesti dia menjawab "anak saya ada duit dan dia kaya" dia belikan untuk saya kerana dia bimbang saya kesunyian setelah kematian isteri. Maka pembelian itu secara sendiri menjadi halal dan BPR pun yang punya pegawai baru 300 orang itu hanya sekadar digunakan untuk mengintip konstable polis yang sudah ada didadanya perkataaan "Saya Anti Rasuah" tetapi tidak perkataan "Memberi rasuah satu kesalahan" yang memberi pengertian dalam Malaysia ini hanya Polis sahaja yang anti rasuah tetapi Kastam, Imigeresen, Penguatkuasa DBKL dan lain-lain anggota perkhidmatan awam tidak anti rasuah. Pelik tetapi benar.


Berdasarkan kenyataan Abdullah Hj Ahmad, bahawa dia amat suka dengan suasana dan tempat dipantai peranginan di Turkey itu, sudah pasti ada pertanda jika dia bersara atau disingkirkan dari jawatan Perdana Menteri bila kalah pilihanraya akan datang, disitu tempat dia berada untuk menghabiskan sisa hidup dengan senang lenang. Agaknya disitulah jari jemarinya menghitung untung menjadi Perdana Menteri dengan tidak mencari wang berjuta tapi berbillion, tidak harta bertimbun tetapi harta menggunung dan tidak mencari kawan untuk berpoya tetapi mencari kawan memancing ikan dengan yacht mewah.


Bagaimana pula rakyat Malaysia , kekallah dia macam iklan "Sehingga Menjilat Jari" sedang Abdullah Hj Ahmad sudah berhenti jadi Perdana Menteri dan hidup mewah dengan hasil dia menjadi Perdana Menteri. Mungkin dia berkata "Bukan saya tak hendak jadi Perdana Menteri berpenggal-penggal macam Dr Mahathir tetapi rakyat sudah menolak dan membuang saya dan ini bukan salah saya" Itu sebab Abdullah Hj Ahmad sudah macam dikatakan orang, bila soal tuntutan rakyat terhadap bermacam isu, dia macam "masuk telinga kiri keluar telinga kanan" tidak diendahkan langsung sensitiviti rakyat.Bila TOL-Tipu Orang Lalu lalang dinaikkan sebagai hadiah tahun baru, maka berkatalah dia bahawa kerajaan tanggung dan rakyat pun perlu tanggung.


Dan berkata pula seorang Menteri bahawa TOL di Malaysia lebih murah pada negara lain. Soalnya kalau di siasat kesemua TOL di negeri orang dihalakan ke tempat orang mampu bayar seperti ke AirPort, Pelabohan atau Lebuhraya freeway yang bermaksud Jalan raya jarah jauh. Tetapi di Malaysia terdapat TOL yang dibuat dalam keadaan sejengkal dan menuju ke kawasan perumahan.Rakyat yang marah bukan tidak mahu bayar TOL yang dikenakan tetapi bagaimana dengan sara hidupnya yang terus meningkat tetapi nilai ringgitnya tidak sepadan. Bagi mereka yang bergaji RM 1000 dua puloh tahun dulu, ia adalah satu pendapatan mewah tetapi hari ini RM 1000 sama taraf dengan RM200, jika dia hendak hidup dengan mewah dalam keadaan masa ini maka dia perlu mendapat gaji sekurang RM 7ribu ke RM 9ribu.. mana nak dapat begitu?


Teori konspirasi dalam kes Razak Baginda


Kes membabitkan Abdul Razak Abdullah Baginda, 46 dalam pembunuhan model mongolia Altantuya Shaaribu 28, dengan mengunakan bahan peledak C4 sehingga badan mangsa hancur berkecai di sebuah kawasan terpencil berhampiran Puncak Alam nampaknya menjadi semakin sensitif.


Ia menjadi begitu sensitif kerana rakyat begitu berminat untuk mengetahui perkembangan kes ini kerana' ia berkisar kepada tiga aspek utama iaitu, pertama; pembabitan UTK (Unit khas yang berkhidmat untuk Perdana Menteri dan Timbalannya), kedua; pengunaan bom jenis C4 (bahan letupan hanya boleh diperolehi oleh anggota tentera dan anggota polis tertentu sahaja), dan ketiga; Razak bebas dengan bon jaminan.


Sehingga mendorong Timbalan Pendakwa Raya (DPP), Salehudin Saidin untuk memperjelaskan hanya tiga tertuduh sahaja yang terbabit dengan kes, sedangkan banyak tohmahan dan sindiran bahawa ada pihak lain terbabit berdasarkan tiga aspek di atas.


Kenyataan DPP Salehudin yang bertujuan untuk menepis tohmahan, sebenarnya dibimbangi lebih mengundang banyak keraguan berdasarkan, antaranya kenyataan isteri Razak, Mazlinda Makhzan, mendakwa suaminya tidak bersalah, diperangkap dan tidak mahu menjadi Perdana Menteri, penarikan diri peguam Dato' Muhammad Shafie Abdullah dan perubahan bon jaminan dengan jaminan deposit RM1 juta beserta dua penjamin.


Namun apa yang disebut oleh Salehudin itu sejajar dengan hasrat Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan, yang minta supaya media massa jangan mendahului siasatan polis dengan membuat sebarang spekulasi berhubung kes-kes jenayah, khusus bagi kes yang mendapat perhatian umum.
Menurut KPN, sebarang spekulasi keterlaluan boleh menimbulkan suasana tegang di kalangan masyarakat dan beliau bimbang masyarakat umum akan menyalahtafsirkan sesuatu kes tersebut.


Memang, seharusnya pihak berkuasa bertegas supaya media tidak menjatuhkan hukuman kepada mana-mana individu sebelum penyiasatan rapi dibuat dan sehingga tertuduh didapati bersalah oleh mahkamah.

Namun, alangkah baiknya seorang yang berjawatan tinggi seperti Musa ini menyedari bahawa betapa perlunya maruah dan keperibadian seseorang itu dipelihara sebelum hukuman dijatuhkan atas apa-apa kesalahan yang dilakukannya.

Sunday, December 17, 2006

Daulat Tuanku !!!!!!!!!!


Hari ini akan sempurnalah pertabalan DYMM Seri Paduka Banginda Yang Dipertuan Agong yang ke XIII iaitu Tuanku Sultan Terengganu serta Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah.Negara dan dunia akan melihat dan menonton proses pertabalan Raja berperlembagaan di Malaysia yang unik dan tidak ada di mana-mana negara lain.Sekali lagi kita akan menyaksikan sejarah berulang, dalam kita membahaskan isu menutup aurat dan pakaian sopan, bahawa Raja Permaisuri Agong Malaysia akan sekali lagi terdiri dari kerabat yang mengenakan pakaian yang menepati hukum Islam.


Ianya dimulakan dengan Tuanku Siti Aishah iaitu Raja Permaisuri ke XI dari Selangor dan kini dituruti oleh Raja Permaisuri ke XIII ini (walaupun saya biasa melihat sebuah buku koleksi gambar-gambar bersejarah bahawa Raja Permaisuri ke II dari Selangor dahulu pun biasa mengenakan pakaian yang sama, mungkin Abu Qamar dari London boleh confirm kan)


Semoga ianya akan memberi kesan kepada rakyat Malaysia yang lain khasnya yang beragama Islam terutama isteri-isteri menteri, menteri dan timbalan menteri dan lain-lain pemimpin wanita yang beragama Islam.Daulat Tuanku.

Asri, hati-hati dengan jawatan mufti anta


"Islam adalah agama nasihat.
Ana ingatkan anta sebagai sahabat
Agar ingat dan bermanfaat
Jadi bekalan dunia akhirat...

Dulu hanya pensyarah universiti
Sekarang sudah jadi mufti
Kenal Shahidan jawatan diberi
Sudah istikharah minta pilihan sejati?

Jawatan mufti bukan mudah
Sentiasa saja sering terdedah
Kepada ujian dan juga fitnah
Kalau tak jaga akan kalah


Dulu suka sangat berdebat
Ramainya, antaranya Astora Jabat
Untuk agama atau saja nak menyakat
Hanya Allah yang tahu niat


Umur muda terima jawatan
Ilmu ada kurang pengalaman
Seeloknya diberi kepada yang 50an
Agar ilmu dan pengalaman disekalikan


Bacalah kisah Imam Shafie
ulama lain, juga tabie
Terima jawatan rasa ngeri
Silap buat azab menanti


Tumpukan pada perkara dasar
Aqidah, syariah, jangan dibiar
Rasuah, membazir juga mungkar
Semuanya mesti dibongkar


Anta adil anta selamat
Anta zalim anta dilaknat
Ucapan mufti sentiasa dilihat
Sama ada baik atau jahat


Qadhi ada 3 golongan
2 neraka, 1 ke syurga tiada teman
Mufti entah apa gerangan
Hati-hatilah dengan jawatan


Bukan kritik bukan ajar
cuma nasihat supaya didengar
dari ana rantisi_jr"

Amazing Ruqaya'



Ruqaya al-Ghasara: Saya bersyukur kerana menjadi seorang Islam. Ini satu anugerah. Pencapaian saya ini adalah satu kejayaan kepada wanita arab, dunia Arab, Islam dan wanitanya. Memakai pakaian bertutup sebenarnya telah mendorong saya. Ia bukan halangan. Secara bertentangan ini menggalakkan berusaha lebih. Memakai hijab membuktikan wanita Islam masih tiada halangan. Kenyataannya ia menggalakkan mereka terbabit dalam sukan. Malah saya juga layak ke kejohanan Dunia di Osakan tahun depan.


Boleh juga ditonton di sini:
http://video.google.com/videoplay?docid=6347673650280881388

Download Video:
http://www.4shared.com/file/7341433/90ca1807/atlet_bangga_islam.html

"Kena sebarkan video ni kepada mailing list2 yang lain. Rasanya lepas ni MSSM dah takboleh nak ban anak-anak gadis kita yang nak pakai hijab waktu berlari..."
-Ust. Maszlee-
Aku : Mintak Datuk Azalina tolong jawab/ ulas kate-kate pemenang kite ni...amacam ??ade berani ???

Saturday, December 16, 2006

Gambar KUSTEM dari setelit berupakan lambang salib?


Kami Telah menerima email yang disertakan beberapa keping gambar dari setelit yang di diambil dari ruang udara KUSTEM.Gambar tersebut dari bumbung salah sebuah bangunan yang terdapat di dalam kawasan kampus tersebut.Gambar ini dikatakan telah tersebar luas melalui email.


Gambar setelit atas bumbung bangunan KUSTEM


Bila Gambar ini di zoomkan imej semakin jelas



Inilah yang dikatakan lambang salib oleh pengunjung yang telah menghantar gambar ini kepada kami melalui email.