Wednesday, November 29, 2006

SI BOTAK DAN SEEKOR KUCING



Bangunan kolej POLPOT kembali riuh dan kecoh. Juman dan Otroman berlari menaiki tangga ke tingkat tiga blok pelajar perempuan berdekatan dengan laluan ke Dewan Fantarius."Perjuangan apa yang kau orang mahu tegakkan? Kau orang kata mahu bawa islam tapi kau orang koyak flyers kami. Ini bukan cara adil. Islam tidak mengajar kezaliman macam kau orang buat ini," teriak Mimi seorang siswi tidak bertudung melayu islam yang gubra apabila dapat menangkap tiga siswi bertudung labuh sedang mengoyak flyers mereka berkenaan dengan agenda parti Putih Telur."saudari mimi sebenarnya sudah keliru dengan perjuangan parti yang saudari sertai. Agenda Parti Putih Telur adalah bertentangan dengan syariat islam. Agenda parti saudari dan ideologi yang kalian cuba terapkan di universiti kita ini merupakan agenda sesat! Maka wajar sahaja flyers kalian dikoyakkan," kata siswi bertudung labuh bernama Alia Maisarah itu."arghh..bosan dengan hukum-hukum kau orang yang bobrok dan barua. Kau orang pertikai agenda kami, padahal kami bukan bawa ajaran songsang. kami bawa agenda kerajaan negara kita negara Fisfusfos yang merdeka ini. Ini agenda pembangunan. Ini agenda yang benar dan tepat." mimi masih tidak berpuas hati. Kadang kala tangannya menggenggam erat penumbuk."flyers ini sesat. agenda kalian sesat. kerajaan fisfusfos juga sesat." Alia Maisarah terus pertahan pegangan pendirian dari partinya iaitu parti Kuning Telur.Juman dan Otroman sampai. Terlihat oleh mereka 6 siswi sedang bertengkar. 3 dari Parti Putih Telur. 3 dari Parti Kuning Telur. Juman menarik nafas lelah. Demam pilihanraya kampus sudah kian terasa. Pertentangan hangat dan pergaduhan begini memang sering berlaku saban tahun di univeristi Hahaha itu."bertenang semua adik manis... apa yang gaduh-gaduh ini?" tanya Juman yang lebih menghalakan lirikan matanya pada Alia Maisarah dari Parti Kuning Telur.Alia Maisarah tidak menjawab malah dikeluarkan flyers dari partinya yang terisi di dalam begnya itu dan dilekatkan terus di papan rujukan blok itu menggantikan tempat flyers parti Putih Telur."Juman,awak tengok betapa bongkaknya mereka! Kita tampal flyers yang sah,padahal flyers dia orang haram.Mana ada kelulusan HEP" kata mimi menjebik-jebikkan bibirnya.Juman menelan air liur. Comel juga si Mimi ini fikir Juman. Otroman terus menguis lengan Juman apabila melihat mata Juman sedang menjamah rakus potongan badan Mimi yang montok itu."Uish,Juman. Kau buat apa?" bisik Otroman."weh anda-anda si gadis bertudung labuh sekalian.." panggil Juman apabila melihat Alia dan rakan-rakannya mahu beredar dari situ."kau orang tahukah kau orang dah melanggar peraturan pilihanraya kampus," kata Juman.Alia menoleh."pergi mati sama kalian punya peraturan. kau orang selama menjadi barisan MPM langsung tidak menjalankan kepimpinan menurut syarak. kau orang langsung tak mahu pertimbangkan batas-batas hukum dalam islam dalam program anjuran kalian. Percampuran bebas dan keruntuhan akhlak di kalangan mahasiswa islam di universiti ini telah bernanah dan menular. apa penting lagi peraturan itu? jika kau orang sendiri tidak menurut peraturan Allah."Alia kembali membuka langkah untuk beredar."Heh. Apa pula yang kau orang dah laksanakan sepanjang jadi parti pro pembangkang? Selain membangkang saja, ada kau orang membantu?" sindir Juman.Alia kembali berpatah balik menghadap muka Juman depan berdepan. Tapi masih ada jarak yang dihadkannya."Kalianlah golongan zalim. Kalian mahu bantuan? kata sajalah kalian tidak tahu memimpin aspirasi mahasiswa mahwsiswi di universiti kita ini. Kalian main kotor dalam pilihanraya kampus. Kalian buat macam-macam peraturan bahlul. sekat sana sekat sini. mana demokrasi pilihanraya? mana kebebasan bersuara?"Alia mula meninggi suara. Kadang kala air matanya bergenang bertakung namun entah bagaimana air mata itu kering kembali."kau nak bebas macam mana? Islam sendiri meletakkan batas-batas. Kebebasan bersuara apa yang kau orang mahu? Demonstrasi? Memorandum? Bangkangan? huru hara? naik motor laki pompuan menjerit-jerit demokrasi dan takbir? kau orang yang permainkan islam. kau orang yang zalim," kata Juman bermuka menjelik. Lagaknya ada sedikit berbeza dari imej sebentar tadi. Sudah mula terlihat ketokohannya."OOO.. kau persoalkan isu-isu itu. ya.. demonstrasi kami mahu. Kami mahu suara dan pandangan kami didengar. Itu kebebasan yang kami mahu. Tapi kalian sekat. kalian apa kurangnya ,malah lagi teruk. Pemimpin kalian pun ber couple. berdua-dua bermadu asmara di bukit cinta di sana. cari semak samun jadi port. Peluk sana peluk sini. Gesel sana gesel sini sampai tak ada nilai maruah dan agama. Ini yang kau mahu banggakan!" kata Alia sudah menengking. Sambil telapak tangannya menghala ke arah Mimi.Mimi terasa api membahang dalam dirinya. terasa Alia mahu perkecilkan iman dan islam nya kerana berimejkan ranggi. Dia fikir Alia tiada hak untuk tentukan iman dan islamnya. Dia marah. Marah pada semua perempuan bertudung labuh. Dia benci."kau hina mimi... kau fikir kau itu mulia sangat! ayu sangat dengan tudung labuh kau!kau pun bukannya mulia sangaaaatttt!!" jerit Juman pula. Ada riak syaitan pula di wajahnya kali ini.Pertengkaran itu akhirnya menarik perhatian seluruh warga POLPOT.Mereka mula mengerumuni lokasi pertengkaran di tingkat tiga itu. Ahli kedua-dua parti telah pun berhimpun dan bermulalah balas membalas hujah. Ada yang bangkit mengungkit kes-kes keruntuhan akhlak,ada yang mengaitkan isu-isu politik luar. Yang penting kedua-dua pihak sudah bermula hina menghina antara satu sama lain. Bermacam-macam perkataan yang buruk-buruk keluar lagi kedua-dua belah pihak,bercampur aduk dengan nas-nas quran dan hadis dan bertempiaranlah maruah,moral,akhlak,disiplin,keintelektualan dan bermacam lagi yang patut ada pada diri seorang mahasiswa.Ahli-ahli parti Putih telur ada yang beraksi bagai tabiat mat rempit,samseng,mafia,gangster dan tidak kurang juga ahli parti Kuning Telur yang walaupun ada yang berkopiah dan bertudung labuh juga beraksi bagai pakcik tua yang mengamuk hilang bini, kadang kala serupa saja kedua-dua belah pihak.Pergaduhan itu meleret dan berpanjangan hingga berlaku insiden tumbuk menumbuk,dan ada aksi kejar mengejar dengan motor,kereta,lori,basikal, dan ada juga aksi marathon jalanan.suasana kolej Polpot sudah serupa perang dunia. Campur tangan pengawal keselamatan dan beberapa pihak tua universiti juga tidak dapat meredakan keadaan itu.Tatkala itulah Raja Syaitan bernama Krongnom dimaklumkan oleh bala tentera syaitan yang menghasut pergaduhan itu bahawa Raja Krongnom mesti turun padang. Raja Krongnom pun turun padang dan menghembuskan aura kesyaitanan yang masuk dengan senang ke dalam diri setiap individu di kolej itu. Namun aura itu tidak dapat tembus sebuah bilik di blok siswa.Bilik nombor 13.Raja Krongnom bertitah,"siapakah gerangan yang ada di dalam bilik itu sehingga tidak pula aura beta tembus malah pandangan beta tidak celus melihatnya?"Bendahara Bon Jovi pun menjawab," adapun di dalam bilik itu tinggallah seorang botak bersama seekor kucing kurap yang kelaparan.Dia menjumpai kucing kurap itu di jalanan dan hampir mati saja lagaknya. Si Botak telah mengutip kucing itu lalu dibersihkannya bulu kucing itu dan dirawatnya kurap-kurap yang ada pada si kucing. Malah diberikannya pula makanan yang sedap-sedap kepada si kucing berupa nasi lemak Mak Bedah, ayam percik Haji Gonggon, nasi dagang,nasi goreng,nasi ayam,nasi tomato, kuah pasta la Dealova,laksa penang...""cukup-cukup!! " jerit Raja Krongnom."arahkan bala tentera syaitan kita untuk menyerbu masuk ke bilik nombor 13 itu!" arah Raja Krongnom.Maka berbondong-bondonglah bala tentera syaitan menyerbu bilik nombor 13 itu. '13' itu nombor hantu,tapi entah kenapa apabila syaitan-syaitan itu berubah bentuk menjadi hantu jembalang pun masih tidak boleh tembus bilik itu.Hatta seekor syaitan berubah bentuk menjadi Pontianak lawa berwajah maya karin pun masih belum berjaya tembus. Sehinggalah seekor syaitan berubah menjadi Apek senario barulah pintu 13 itu terkuak. Maka keluarlah si Botak.Si Botak tersenyum.Syaitan-syaitan semua berasa hairan dan aneh.Lalu bertanyalah syaitan yang telah berubah menjadi Apek senario tadi, "mengapakah tuan hamba tersenyum? tidakkah tuan hamba sedar kami ini bala tentera syaitan yang mahu tembus bilik ini supaya dapat menghasut hati tuan hamba menjadi kerasukan seperti mahasiswa dan mahasiswi yang lain yang sedang bergaduh sekarang.""oohh..ada gaduh-gaduh ke? Idok ler teman tau. Teman nak ke toilet sebentar. sekejap yer. Ghaser nak berok pulak lepaih makan sate kajang Haji samuri tadi bersama si kucing kurap. Hehe," kata si Botak selamba badak.setelah 15 minit menunggu di luar toilet,barulah syaitan-syaitan tadi dapat melihat kemunculan si botak semula."wooosshhh... lega... alhamdulillah. hehe," sengih si Botak.Maka syaitan yang berupa apek senario pun berkata," bolehkah kita memulakan pertarungan?""oohh..boleh sangat..hehe.. haa meh ler.. meh.." kata si Botak yang sudah membuka kuda-kuda.Maka seekor demi seekor syaitan itu menyerang. Tetapi habis semua dipelangkung oleh si botak dengan mudah. aksinya tidak ubah seperti Tony Jaa dalam filem Ong Bak saja. Ada yang terpulas kepala,ada yang di ketuk dengan siku,ada yang senak terkena lutut,dan bermacam lagilah hukuman-hukuman penangan yang diberikan oleh si Botak kepada bala tentera syaitan itu.Maka bertempiaranlah lari semua syaitan apabila si Botak menghembuskan bacaan-bacaan dari kalam Allah di dalam al quran yang berupa ancaman-ancaman dari Allah buat syaitan yang dilaknat.Serupa Kame Hame Ha,meletup bercahaya dari bacaan-bacaan si Botak hingga Raja Krongnom juga lari terkedek-kedek balik bersembunyi di singgahsananya di lubang tandas awam yang kotor lagi jijik.Adapun melihatkan syaitan-syaitan semua sudah lenyap,tidaklah pula pergaduhan di kolej Polpot itu reda. begitulah manusia, syaitan dah berhenti merasuk tetapi manusia masih terasuk. kadang kala berlagak lebih syaitan dari syaitan.Si Botak memeluk kucing kurapnya lalu pergilah menuju ke tingkat tiga lokasi asal pergaduhan itu.Alia dan Juman masih tidak berhenti bertengkar. Ahli-ahli kedua-dua parti juga tidak berhenti lagi bertengkar. Pot pet pot pet bising huru hara haru biru merimaskan.Lalu si Botak datang berdekatan mereka berdua."bertenang." kata si Botak.mereka masih tidak berhenti."bersabar." kata si Botak.mereka masih tidak berhenti." siapa bercakap dia berak tak basuh." kata si Botak.Akhirnya semua senyap.Berpandang sesama sendiri. Masing-masing kelihatan terpinga-pinga. Sememangnya mereka tidak pernah melihat si Botak itu. Apatah lagi si kucing kurap yang dipeluk oleh si Botak."Baiklah,begini sajalah. Semua yang islam pergi ambil wuduk dan berkumpul di masjid universiti dalam kiraan 10 minit. Bagi sesiapa yang tak mengaku islam boleh balik tidur. Masalah ini akan selesai dalam kiraan satu khutbah sahaja." kata si Botak.Semua masih tidak bergerak."Siapa tak bertindak dia berak tak basuh."kata si Botak.lalu bertempiaran semua ahli kedua-dua parti mengambil wuduk dan bergegas ke masjid universiti.Tetapi tidak semua. Yang main kejar mengejar,yang bertumbuk tumbuk masih meneruskan aksi-aksi luar biasa mereka kerana tidak sampai pada mereka arahan si Botak itu. Cuma yang ada di tingkat tiga itu saja yang duduk dalam masjid universiti.Setelah masing-masing menunaikan solat sunat 2 rakaat. Maka berapat-rapatlah mereka duduk dengan diasingkan siswa dan siswi dengan sebuah tirai.maka berdirilah si Botak untuk memulakan khutbahnya.Setelah memulakan dengan nama Allah dan berselawat maka berkatalah si Botak,"Mula-mula mari kita renung diri kita semula. Kita semua masuk universiti untuk apa? Apa beza universiti dengan sekolah menengah? apa beza universiti dengan sekolah rendah? Apa beza mahasiswa universiti dengan orang yang tak masuk universiti? Adakah kalian berfikir bahawa orang berilmu itu sama dengan orang tidak berilmu?"masing-masing mula kembang kempis hidung."bersikaplah seperti orang yang berilmu selayaknya."masing-masing tunduk."samakah kita dengan pakcik-pakcik yang bergaduh parang di kampung? tidak sama bukan. Mahukah kita sama dengan pakcik-pakcik,ayah-ayah kita yang tua yang suka habiskan masa cakap itu cakap ini tapi masalah tidak juga selesai? mahukah kita jadi begitu? tidak mahu bukan? siapakah kita semua ini? kita semua ialah pemuda pemudi harapan bangsa dan umat islam yang kini menagih kemenangan dan kegemilangan umat islam kembali supaya maruah agama dan maruah umat kita tidak tercela dan senang diperkotak katikkan.""kita ialah bangsa kebangkitan yang langkah kita bijak. kita ialah bangsa generasi baru yang tindakan kita hikmah. kita ialah kaum dan golongan baru yang lahir ke dunia ini untuk bawa kembali kesejahteraan. kita ialah the little caliph..chewahh cakap omputeh laks..huhu... kita ialah khalifah... khalifah Allah di muka bumi.""kita ialah bersaudara. mengapa tidak sebarkan salam antara kita. meh meh bagi salam dan bersalam sesama sendiri balik.." arah si Botak.maka semua pun bersalam-salam. Yang siswi ada yang berlaga laga pipi. Mimi yang lengkap bertelekung juga bersalam dengan Alia."kita kena faham apa itu perjuangan. Tidak salah ada perbezaan. Tidak kisah kalau mahu berpilihan raya. Tapi adalah salah jika kita mengapi-apikan permusuhan. Adalah salah jika yang kita hadirkan ialah huru hara. Hingga menjemput bala tentera syaitan hadir dalam perjuangan kita. Apa kejadah?""Ad Din itu nasihat. Mengapa kita malu untuk memberi nasihat. Mengapa kita malu untuk berdakwah dengan akhlak dan kasih sayang. mengapa kita malu untuk merapatkan silaturrahim. Mengapa kita malu untuk melebarluaskan lagi persaudaraan islam. mengapa kita tidak mahu bertaaruf sesama kita. mengapa tidak mahu menghubungkan nilai taaruf dengan bangsa dan kaum lain walaupun berlainan agama. mengapa kita malu untuk berjuang menjadi orang baik. Dan berbuat baik dengan sesiapa saja hatta musuh kita. Jika musuh kita sakit,pergilah ziarah. Kta bukan mahu pergaduhan. kita bukan mahu peperangan. Kita bukan mahu persengketaan. Kita mahu perdamaian. Bukankah islam itu bererti aman sejahtera. Peace man. Peace!""mengapa kita malu untuk menerima nasihat. mengapa kita malu untuk mendengar kritikan. Mengapa kita malu untuk bermuhasabah diri kita. mengapa kita tidak mahu melihat diri kita yang kadang kala buruk itu kita terlepas pandang,maka kita perlukan orang lain menegur akan buruk kita. oleh itu bermuhasabahlah.""jika benar kita tidak jalankan kepimpinan yang baik,maka kita bermuhasabahlah dan perbaikilah kelemahan kita itu. Mengapa kita sering menutup pintu muhasabah tetapi kita cuma buka pintu tidak puas hati dengan pihak lain. tidak puas hati dengan pihak yang mengkritik kita dan tidak puas hati dengan kelemahan kita yang dilihat orang. Padahal patut kita bersyukur ada orang peringatkan kita. maka perbaikilah diri dan organisasi kita."" manakah yang lebih kita suka? menjadi orang yang jilat menjilat perempuan atau menjadi orang yang baik melindungi perempuan?manakah kita lebih suka..menjadi seorang yang berzina,berduaduaan,menonton porno,jadi bodoh,jadi bebal, atau menjadi anak soleh yang membaiki diri dan menuntut ilmu bersungguh-sungguh untuk membalas jasa ibu dan ayah?""jika kita nampak kelemahan orang,kita bukan kritik mengkritik saja, tapi bukankah lebih baik jika kita ada ilmu maka dikongsi ilmu kita,bagi cadangan, bagi panduan,""manakah lebih baik antara bertengkar dan menuding jari siapa yang salah dan tidak buat kerja dalam menangani satu satu isu atau bekerjasama,duduk semeja berfikir bersama,dan berganding bahu menyelesaikan masalah""bukankah masing-masing dari kita mahu masalah yang ada selesai?""bukankah kita bersaudara""bukankah kita berpegang kepada panduan dan petunjuk yang sama.""adakah salah jika kita bermusyawarah dengan baik dengan hati yang ikhlas mahu menyelesaikan masalah. Tidak kisahlah siapapun pemimpin yang memimpin kita sekarang,walaupun dia cuma hamba, adakah musyawarah dan kerjasama adalah jalan yang memalukan perjuangan islam?"dan seterusnya bla bla bla khutbah yang disampaikan oleh si Botak.Maka insaflah semua siswa dan siswi itu.Kemudian mereka keluar dari masjid dan menuju kepada setiap individu yang bergaduh. Apa yang mereka lakukan ialah sebarkan salam,berikan senyuman dan bacakan petunjuk dari kalam-kalam Allah. Lalu mereka huraikan kalam-kalam itu dan mengajak bermuhasabah diri dan merenung diri.Maka teresak-esaklah menangis setiap dari mereka. Lalu siswa berpeluk sesama siswa dan siswi berpeluk bersama siswi. Hari itu bergenanglah lautan air mata keinsafan maka terpancarlah cahaya rahmat dan berkat Allah ke seluruh kolej Polpot.Tahun itu pilihan raya Universiti Hahaha sangat berlainan dari sejarah pilihanraya kampus. setiap kempen tidak ada mencela maki malah dipuji-puji pula ahli parti lain malah diajak untuk bersangka baik. Kandang kala kempen itu dijalankan serentak diatas satu pentas,malah calonnya menyuruh mengundi calon yang lain malah ada malu-malu pula. Semuanya ceria dan gembira. Dan pilihanraya kampus itu tidak langsung menjadi satu perkara besar. Perkara besar ialah perpaduan dan silaturrahim. Perkara besar ialah dakwah islamiyah. Perkara besar ialah ukhuwah. Perkara besar ialah meningkatkan iman dan bukan meningkat kan pergaduhan.Maka segala-galanya aman damai dan lahirlah pemimpin-pemimpin baru yang ikhlas berjuang dari universiti Hahaha itu atas tarbiyyah yang mereka terima termasuklah dari aktiviti pilihanraya kampus.namun menjadi misteri hingga sekarang ialah si Botak dan kucing nya tidak lagi kelihatan setelah hari khutbah itu berlangsung. Di manakah dia? tiada siapa tahu. Yang pasti tandas awam yang menjadi singgah sana raja Krongnom pun telah bersih dan ramai yang mengepam selepas berak. Raja Krongnom terus merempat mencari singgah sana barunya.Tamat.
posted by muhammad fakhrul razi at 4:47 PM

Khairy yang semakin menyusahkan Umno


Oleh Nik Abdul Aziz Nik Mat



Sebagaimana rakyat Malaysia yang lain, saya juga turut mengikuti telatah Naib Ketua Pemuda Umno Malaysia. Nampaknya makin sehari semakin kusut Umno dibuatnya.
Sedikit masa lalu, beliau pernah memberi tempoh tujuh hari kepada saya untuk menarik balik tuduhan bahawa Umno menang pilihan raya Umum kali ke-11 kerana politik wang. Setelah lama mendiamkan diri kerana mungkin disergah teruk oleh pucuk pimpinan Umno apabila tidak dilayan oleh saya, beliau membuat kejutan lain pula dengan sebuah injunksi mahkamah ke atas Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa kerana agaknya tidak mempunyai jawapan yang konkrit mengenai keupayaan pembelian saham misteri beliau melibatkan RM 9.2 juta dalam ECM Libra.
Ini ditambah lagi dengan tekanan lebih jitu seperti yang dibangkitkan pula oleh Tun Dr. Mahathir.Dari situ, menantu Perdana Menteri ini terus menggelabah apabila penjelasan dari bapa mertuanya selanjutnya dikesan ramai sebagai tidak mampu meredakan kemarahan rakyat.
Barangkali, serabutkan tuduhan ke atas beliau yang dikatakan mempunyai hubungan dengan seorang artis pula, Khairy dengan tiba-tiba pula mengisytiharkan penjualan semua saham tersebut. Belumpun kering dakwat tandatangan, tanpa disuruh sesiapa, Khairy seterusnya mengesahkan pula yang beliau mengalami kerugian sebanyak RM 200,000.00 hasil penjualan tersebut.
Terkini pula, dalam mesyuarat Pemuda Umno di Jerlun, beliau terus terbabas apabila dengan liar mengandaikan yang kaum lain akan mengambil kesempatan ke atas orang Melayu jika Umno lemah. Kalaupun Umno lemah sekarang sekalipun,Khairy tidak perlu mengaitkan keadaan kelemahan Umno itu dengan parti dan kaum lain.
Perihal seriusnya akibat kenyataan Khairy dapat dilihat sehingga pimpinan MCA mendesak Khairy membuat permohonan maaf secara terbuka. Tumpang semangkuk menyindir Khairy, Presiden Gerakan,Dato’ Seri Dr. Lim Keng Yeik pura-pura mengingatkan anak buahnya tentang tiada tempat bagi orang yang memainkan isu perkauman dalam partinya.
Tegas beliau,"mereka tidak sedar bahawa apa yang di katakan akan menggugat BN dan mengeruhkan suasana kaum di negara ini.(They don't realise that what they say can cause rifts within BN and between different races in the country." - Lim Keng Yaik, NST 4 September 2006).
Bahkan, Ketua Pemuda Umno sendiri pun turut mengangkat suara dengan kata-kata, "memang mudah untuk menyuarakan (yang berbaur perkauman) tetapi apabila jelas (ia) perkara tidak berasas,maka kerosakan sudah berlaku. Pucuk pimpinan tidak akan melupai pemimpin rakus seperti ini."(Berita Minggu,3 September 2006).
Sepatutnya, Umno tidak payahlah melumur selut kepada parti-parti MCA dan Gerakan. Carilah punca-punca kelemahan sendiri dan perbaiki. Jika nak tahu sangat di mana yang dikatakan lemah itu, semaklah apa yang PAS telah tegur Umno selama ini. Atau, jika terlalu sibuklah (katakan), maka bolehlah juga Umno merujuk kepada kritikan pedas bekas Presiden Umno yang telah menyenaraikan kelemahan Presiden Umno , perangai kroni dan anak pinaknya satu persatu.
Isu AP, jambatan bengkok, cadangan penjualan pasir, saranan penggunaan ruang udara oleh Singapura, penjualan Augusta, penglibatan anak-anak Perdana Menteri dalam mencampuri urusan Kerajaan dan bagaimana menantu Perdana Menteri itu boleh mengumpul wang sebanyak RM9.2 juta. Demikian juga dengan faktor Kalimullah.Kes anaknya Kamaludin yang dikatakan membolot kontrak-kontrak besar Kerajaan juga memerlukan perhatian.
Jika Perdana Menteri mengatakan tidak tahu, bagaimana pula boleh akhbar The Malay Mail menyebutkan bahawa Syarikat Scomi milik Kamaludin mendapat tawaran kontrak RM 50 juta dari KTM pada tahun 2005 bagi menyelenggara 1,000 gerabak. Begitu juga dengan laporan dari Business Times keluaran Mac 2006 yang mendedahkan Scomi akan membida sebanyak RM 120 juta untuk kontrak membuat bahagian badan 400 buah bas milik Syarikat Prasarana Negara berhad.
Soal kesediaan Perdana Menteri untuk memohon maaf jika tersalah adalah soal lain tetapi perkara yang penting di sini ialah bagaimana kroniknya suasana negara yang sedang diperintah oleh sebuah parti nasionalis Islam Hadhari.
Kelemahan Umno tiada kena mengena dengan parti-parti Cina dan India yang kononnya akan mengambil kesempatan. Jika sudah lemah, lemahlah. Dah nak buat macam mana!
Ini sebenarnya stail lama Umno untuk melahirkan suasana cemas. Yang cemas sebenarnya ialah Umno yang digugat oleh PAS dan Tun Dr. Mahathir. Dia sengaja melahirkan keadaan takut (a state of fear), memainkan sentimen dan emosi orang Melayu supaya orang Melayu masih terus bergayut ke lengan Umno walau apapun keadaan.
Ertinya, Umno masih terus mengajar orang Melayu agar menyokong Umno membabi buta. Itu yang dia selalu hunus keris ( tu) supaya Melayu terus "pantang derhaka" kepada Umno dan taat berhangit di bawah ketiaknya. Benar atau salah, asalkan ia dibuat oleh pemimpin Umno yang Melayu maka ia dikira benarlah.
Semangat inilah yang sedang mengubur kesedaran takwa, dosa pahala dan syurga neraka yang menjadi pegangan akidah nenek moyang kita sejak zaman berzaman. Inilah salah satu dari paksi kewujudan (raison de 'atre) parti PAS.
Inilah juga yang selalu saya tegur tentang betapa khianatnya parti yang mendokong faham kebangsaan. Semakin jahat lagilah apabila Umno berpegang pula kepada faham sekular. Agama suku politik suku. Mahukan bukti kontemporari? Mari kita dengar kata- kata Dato' Seri Hishammudin Tun Hussein terkini berbunyi,"apabila anda campurkan agama dan politik, ia adalah sesuatu yang tidak boleh dimaafkan (oleh Umno) - Berita Minggu,3 September 2006. Kan jelas!
Saya kadang-kadang terasa sungguh malu dengan kedangkalan kenyataan-kenyataan pemimpin Umno berbanding dengan rakan-rakan komponen mereka di dalam BN. Dalam perhimpunan pemimpin-pemimpin parti MCA dan Gerakan misalnya, mereka serius berbicara tentang peluang-peluang ekonomi, pendidikan, budaya, gejala sosial,bahasa dan masa depan mereka. Mereka lebih futuristik.
Umno pula asyik menghabiskan masa dengan retorik memuja pemimpin. Sikit-sikit RM ke-9. Letih memuji sesama mereka, Umno mulalah mengeji PAS. Mulalah mereka lakarkan Pelan A dan Pelan B untuk menindih dan menyusahkan rakan seagama mereka.
Mereka tidak berminatpun mencari jalan mengatasi gejala murtad misalnya. Mereka amat cemas jika orang Melayu keluar Umno dan menyertai PAS dari risaukan umat Islam yang ratusan ribu telah dimurtadkan. Sudahnya, keadaan remaja semakin bercelaru.
Rasuah dan politik wang tetaplah subur. Angka penagih arak , judi, dadah, dedah dan belasah terus meningkat.Gejala curi, rompak, peras, ugut, rogol, ragut, sumbang mahram,bakar, bunuh, ponteng, dera ,GRO, disko, lacur, mak nyah, gaya hidup gay, kelab malam, rumah dangdut dan urut tidak pernah menemui jawapan yang konkrit dari perhimpunan .
Menjelang November nanti, lihatlah Perhimpunan Umno yang akan menyaksikan pertembungan besar-besaran antara Bekas Presiden Umno dengan Dato' Seri Presiden Umno yang akan sibuk mempertahan anak dan menantu. Silap-silap, selepas bengkung songket dan songkok perhimpunan dilucut, apa yang naik tak pasal-pasal pula ialah harga petrol, gas ,bil air, letrik dan telefon.
Yang susahnya ialah suri-suri rumah kita yang merungut kenaikan berganda semua bahan-bahan dapur di mana-mana. Inilah hadiah Umno setiap kali tahun baru lazimnya. Nak derhaka macam mana kalau dah minda rakyat telah di paku dengan mitos besar berbunyi "pantang Melayu derhaka."
Apa yang rakyat tahu ialah menghafal senikata lagu Wawasan 2020. Itu sajalah nampaknya. Kononnya satu pandangan jauh. Setiap hujung tahun, maka berkatalah rakyat yang dicucuk hidung ". . kita dapat bonus. Nasib baiklah ada Umno." Itulah yang pemimpin Umno nak dengar sangat sebenarnya.
Itulah pun apa yang dislogankan iaitu Umno dahulu, kini dan selamanya. Mudah-mudahan,dengan pendedahan ini, rakyat boleh sama-sama berfikir dan semakin mengenali wajah batil Umno itu yang sebenarnya.

Abdullah selalu tertidur dalam mesyuarat - Mahathir




Seminggu sebelum Tun Dr Mahathir Mohamad mengalami serangan jantung, beliau begitu ghairah dan bertenaga sekali menjawab soalan-soalan Thomas Fuller, wakil International Herald Tribune di pejabatnya, di Tingkat 86, Menara Petronas, KLCC. Ikuti sedutan menarik daripadanya.

IHT: Anda kini telah kembali berpolitik, menurut pandangan anda apakah kesilapan Abdullah yang paling besar?

MAHATHIR: Saya pernah berjanji untuk tidak mencampuri urusan kerajaan. Selama dua tahun saya mendiamkan diri. Tapi apa yang saya dapati sejak dari mula ahli keluarganya (Abdullah) terlibat dalam proses kerajaan.
Malah mereka menghadiri mensyuarat kerajaan walaupun mereka tidak mempunyai status untuk berbuat demikian. Terdapat bukti yang jelas bahawa menantunya (Khairy Jamaluddin) memainkan peranan yang besar dalam soal melantik menteri, bahkan dalam melantik calon yang akan bertanding dalam pilihan raya.
Saya pernah diberitahu oleh orang yang terlibat bahawa dia (Khairy) pernah menelefon ketua-ketua menteri untuk memberikan projek kepada orang-orang tertentu, termasuk kepada ibunya. Ini saya rasa benar kerana orang yang kehilangan projek itu berasa cukup sedih dan memberitahu saya.

Bagaimana dengan pengurusan ekonomi Abdullah?
Asasnya dia tidak faham bagaimana untuk menggerakkan ekonomi. Dan bagi membuktikan bahawa saya salah kerana menggunakan wang kerajaan untuk apa yang dipanggilnya projek mega, dia memotong perbelanjaan. Jika kerajaan tidak membelanjakan wang, ia tidak akan menghasilkan kekayaan dalam komuniti.

Sesetengah orang berpendapat bahawa Abdullah tidak pandai bercakap, selalu mengantuk. Adakah anda dapati dia tidak cukup bertenaga sebagaimana anda?
Tempoh tumpuannya sangat pendek dan ramai yang memberitahu saya bahawa dia selalu tertidur ketika kes dibentangkan kepadanya. Dia hanya membiarkan apa penasihatnya cakap.

Anda mengambil tindakan untuk menyertai politik semula, apakah matlamat anda?
Supaya kerajaan yang ada dapat diperbetulkan. Supaya kerajaan tidak lagi melakukan perkara-perkara yang tidak boleh diterima seperti melibatkan ahli keluarga dalam urusan kerajaan, mengaitkan syarikat keluarga.

Adakah ini bermakna Abdullah mesti pergi?
Dia tidak perlu pergi sekiranya dia sanggup berbuat apa yang betul, bukan untuk saya tapi untuk negara ini. Tapi sekiranya dia tidak sanggup, dia harus memberi peluang kepada orang lain untuk membangunkan negara ini. Kini pembangunan negara terhenti. Semua bangunan baru yang dapat dilihat pada hari ini sebenarnya diluluskan pada zaman saya.
Jika anda pergi mengembara menaiki pesawat MAS, mereka akan tunjukkan gambar menara berkembar dan bermacam-macam lagi. Di penghujungnya mereka akan tunjukkan gambar Abdullah seolah-oleh dia yang bertanggungjawab terhadap semua itu. Sebenarnya dia tidak. Semua bangunan itu dibina sebelum zaman dia.

Dari sudut yang lebih luas, anda didapati menentang Abdullah yang mendapat mandat besar setahun selepas dia mengambil alih kuasa. Rakyat suka kepada peribadi dan gayanya. Apakah yang boleh anda lakukan supaya rakyat boleh bersama anda?
Strateginya sekarang ialah menghalang saya bercakap dengan sesiapa pun juga. Dengan cara itu popularitinya dapat diselamatkan dan dikekalkan.
Sesetengah pihak berpendapat perbalahan anda dengan Abdullah bersifat peribadi. Mereka kata kawan-kawan lama anda yang dulunya mendapat banyak faedah kini tidak lagi mendapat kontrak.
Itu merupakan tuduhan lama yang ditujukan kepada saya, bahawa saya menolong kawan-kawan saya. Tapi sebenarnya saya tidak berbuat begitu - semua orang ini merupakan mereka yang berkeupayaan, oleh itu mereka perlu diberi peluang.
Saya tidak boleh sewenang-wenangnya memberikan projek pembangunan pelabuhan kepada seorang penarik beca. Ia harus diberikan kepada mereka yang ada keupayaan. Saya tidak berminat dengan perkara-perkara peribadi. Dan ia bukan juga kerana projek-projek kesayangan saya. Apa saja projek yang saya jayakan semuanya baik untuk negara.

Perbalahan Mahathir dan Abdullah ini telah mendapat perhatian rantau ini. Adakah anda rasa ia berbaloi?
Saya ingin tegaskan di sini bahawa perbalahan di antara kami berdua bukan kerana masalah peribadi. Ia merupakan soal bagaimana negara ini diterajui. Saya sudah jelaskan bahawa kesilapan yang berlaku bukan kerana orangnya tapi kerana ia dilakukan secara silap.

Tidakkah terdapat risiko bahawa perbalahan ini merosakkan Malaysia lebih teruk daripada Abdullah merosakkan Malaysia?
Tidak. Saya rasa kerosakan yang dilakukan Abdullah terhadap Malaysia lebih teruk.
Bercakap soal jangka panjang, apakah kebimbangan terbesar anda terhadap Malaysia?
Saya fikir Malaysia mempunyai banyak peluang yang baik jika ia diurus dengan sempurna.

Tidakkah anda terfikir untuk berehat sambil membaca novel John Grisham di tepi pantai, atau bermain dengan cucu? Komuniti perubatan mengatakan terdapat tiga sumbatan dalam jantung anda tapi anda masih lagi nampak sihat. Bukankah sudah tiba masa untuk memperlahankan rentak?
Tidak. Saya fikir saya mempunyai tanggung jawab kepada rakyat dan negara ini. Saya tak begitu peduli apa yang berlaku pada diri saya. Selama ini memang saya bekerja keras, walaupun selepas saya diserang sakit jantung. Saya tidak berhenti. Saya rasa hidup ini tidak begitu bermakna jika kita asyik fikirkan mengenai masa-masa indah selepas kita pencen.

Adakah anda menyesal mengundurkan diri?
Tidak. Saya pilih untuk mengundur diri. Manalah saya tahu apa yang akan berlaku.
Anda dikatakan ada menyimpan pita rakaman mengenai pertemuan damai di antara anda dengan Abdullah. Bila ia akan diedarkan?
Tengoklah satu hari nanti.

Terjemahan: Muhammad Nor Abd Samad

Mangsa along hampir murtad

Ini kisah benar menimpa seorang hamba Allah yang hanya mahu dikenali sebagai Mat. Bebanan hutang menyebabkan beliau hampir murtad disebabkan tawaran golongan yang boleh membantunya dengan syarat beliau menukar agama.
Kepada salah seorang pemimpin PAS Pusat, beliau mengadu masalah serta tekanan yang dihadapinya. Justeru, satu pertemuan diatur agar kisah yang dihadapinya ini menjadi iktibar kepada masyarakat.
Sebagai kontraktor kecil di Kuala Lumpur, Mat memerlukan wang bagi menjalankan projek yang diperolehinya. Tambahan pula pembayaran bagi projek kerajaan oleh kontraktor utama selalu mengambil masa panjang untuk dilunaskan.
Bagi mendapatkan pusingan modal, beliau menggunakan pelbagai alternatif termasuk menjual kereta serta menggadaikan barang kemas milik isterinya.
Dalam keadaan terdesak, rakannya mencadangkan supaya meminjam daripada along (syarikat peminjam wang). Justeru kerana terdesak dan tanpa memikirkan kesannya, beliau meminjam RM10,000 daripada empat orang along.
Mat perlu menjelaskan pinjaman dalam tempoh tujuh hari. Jika gagal, beliau akan dikenakan faedah RM700. Setelah seminggu berlalu, Mat masih gagal menjelaskan pinjamannya mengakibatkan dia didenda RM350 sehari.
Walaupun tempoh pembayaran dilanjutkan, beliau masih gagal mendapatkan pembayaran daripada kontraktor mengakibatkan kadar bunga yang ditanggungnya mencecah ribuan ringgit. Duit simpanannya habis digunakan untuk membayar faedah pinjaman.
Sejak itu, pelbagai gangguan dan ugutan diterima daripada along-along itu. Dalam keadaan tertekan, Mat menerima panggilan daripada seseorang yang mendakwa boleh membantunya menyelesaikan hutang. Tanpa berfikir panjang dan dengan ditemani along, Mat ditemukan lelaki terbabit di luar Kuala Lumpur.
Lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai Michael memberi jaminan untuk membantu asalkan beliau mengikuti syarat yang ditetapkan. Mat kemudian diberikan empat keping borang yang mana sekeping borang tertera Jabatan Pendaftaran Negara dan sekeping lagi borang pertukaran agama.
Mat diberitahu, jika ingin mendapatkan wang dengan segera beliau perlu menandatangan borang tersebut. Sejumlah wang akan dimasukkan ke dalam akaun banknya keesokan hari.
"Saya bertanya lagi, adakah saya perlu menukar agama untuk mendapatkan wang tersebut. Michael menyatakan itulah yang perlu saya lakukan dan saya tidak perlu khuatir atau bimbang kerana hanya perlu menukar agama tetapi masih boleh berkelakuan seperti Muslim," jelasnya.
Michael juga meyakinkannya supaya tidak bimbang keselamatan dirinya kerana jika menukar agama, beliau akan dilindungi seorang peguam.
Mat kemudian diberi tempoh untuk berfikir.
Setelah pertemuan itu, Mat terus didatangi along yang mendesak beliau menerima tawaran tersebut memandangkan hutangnya meningkat saban hari.
"Saya hampir tertewas dan pujuk rayu serta bantuan yang dijanjikan Michael terngiang-ngiang di fikiran saya. Mujurlah waktu itu saya cuba berfikiran waras dan menceritakan pada rakan-rakan rapat termasuk ustaz. Mereka banyak memberi saya semangat dan meminta saya supaya banyak mengingati Allah. Jika tidak, mungkin hari itulah solat dan puasa saya yang terakhir," ujar Mat.
Ketika ditanya mengapa beliau tidak membuat laporan polis, Mat mendakwa khuatir keselamatan isteri dan anak-anaknya terancam jika along-along itu bertindak balas.
Sehingga pertemuan dengan Harakah (pada pertengahan Oktober) hutangnya termasuk kadar bunga mencecah RM22,000.
"Mungkin ada yang mengatakan hanya kerana hutang RM10,000 takkan kita boleh menjadi kafir. Tetapi tekanan dan keadaan yang mendesak membuatkan ramai sanggup menukar agama. Tapi saya memohon pada Allah supaya diberikan kekuatan dan menunjukkan jalan bagaimana untuk menyelesaikan masalah ini," jelas Mat.
Mat menasihatkan masyarakat Islam agar berhati-hati dengan individu dan kumpulan yang cuba mengambil kesempatan atas kesempitan hidup seseorang bagi memujuk mereka meninggalkan Islam.
Elakkan daripada meminjam daripada along, ceti haram mahupun syarikat pinjaman berlesen yang mengenakan caj faedah yang tinggi. Ingatilah amaran Allah bahawa riba itu haram!

Surau Kg Berembang dijangka diroboh esok!




Penduduk Kampung Berembang, Jalan Ampang meminta orang ramai menyatakan sokongan mereka dengan berhimpun di hadapan surau kampung itu, bagi mempertahankannya dari dirobohkan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), pagi esok (Khamis, 30 November).
Setiausaha Jawatankuasa Rayuan dan Penyelesaian kampung itu, Alizan berkata, pihak MPAJ, FRU, polis dan SB dipercayai akan memasuki kampung mereka esok, untuk meneruskan niat mereka merobohkan satu-satunya bangunan yang masih terdapat di kampung berkenaan.

Surau Kampung Berembang, Ampang, akan dirobohkan oleh MPAJ pada bila-bila masa sahaja dari sekarang.Sebelum ini, hasrat MPAJ merobohkan surau itu tertangguh, apabila penduduk kampung bersama aktivis masyarakat berhimpun untuk mempertahankan surau berkenaan.
Pada kejadian 20 November lalu, kesemua 60 buah rumah di kampung berkenaan dirobohkan secara kejam oleh MPAJ, sambil dikawal rapi oleh FRU, polis dan Rela.
Malah, pada hari tersebut, 23 orang, termasuk beberapa penduduk dan aktivis ditahan polis kerana 'bertelagah' dengan pihak berkuasa.

Dimanakah anak-anak ini hendak berteduh dari hujan dan panas jika sekiranya surau ini dirobohkan...?Dalam kejadian itu juga, seorang penduduk, Norhasliana Osman, 22, ditempatkan di High Dependancy Unit (HDU), Hospital Gleneagles Intan, akibat dibelasah FRU.
Rentetan peristiwa tersebut, pada 21 Nov lalu, beberapa wakil penduduk dan para aktivis mengunjungi Suhakam, di mana Pesuruhjaya Suhakam, Dato' Siva Subramaniam sendiri mengadakan sidang media berhubung kes berkenaan.
Beliau turut mengakui tindakan MPAJ mengasari penduduk itu sebagai penyalahgunaan kuasa serta menegaskan pihaknya akan segera bertemu dengan Menteri Besar Selangor (MB), Dato' Seri Mohamad Khir Toyo, bagi membincangkan perkara ini dengan lebih serius.
Semalam, para penduduk disertai para aktivis, wakil parti pembangkang, berhimpun di hadapan bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SUK), di Shah Alam, bagi menyerahkan memorandum bantahan kepada Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Dr Mohamad Khir Toyo. - mr

Friday, November 24, 2006

kerna projek aku tak balik cuT..



cuT sebulan jea, awal bulan 1 nanti belajar balik.harap2 sempat siapkan projek, nak gak balik cuT cam orang lain.Syukur alhamdulilah, at last Dr Zaidan bagi aku masuk lab rabu ni.bukan senang nak bagi dia thiqah kat aku utk buat projek ni.