Friday, December 22, 2006

Belayarlah Pak Lah


Sama ada benar atau tidak apa yang tersiar dalam berita internet dan blogger akan kisah pembelian yacht atau perahu layar yang mewah dengan harga hampir RM30 juta Malaysia oleh Perdana Menteri Malaysia, merangkap Imam Besar Islam Hadhari Abdullah Bin Hj Ahmad, pengarang sajak "Mencari Damai Abadi" yang mengatakan bahawa "aku tidak mencari wang berjuta dan harta bertimbun" itu adalah soal kedua.


Soal pertama ialah masa dia hendak berangkat keluar Negara minggu lepas, orang yang menghantarnya dan mencium tangan untuk mendapat berkat, hanya tahu dia ada urusan rasmi di luar Negara kerana melawat Venezuela dan tidak pula dikatakan bahawa dia ada program melawat tempat perahu layarnya yang dibina di Turkey.


Dalam masa dan saat berjuta rakyat Malaysia tidak tidur nyenyak kerana memikirkan bermacam masalah kehidupan dalam seminggu dua lagi ; Tol naik, pertanda harga minyak akan turun tidak ada, kehidupan sudah bercorak gali lubang tutup lubang dan jika tersilap macam peminjam along masuk lubang terus. Beban yang ditanggong oleh rakyat yang punya anak lebih dari satu untuk masuk sekolah tidak terkata, mana nak cari duit? Tiba-tiba Perdana Menteri yang selalu tidur nyenyak dan tidur dimana sahaja, diberitakan pergi melihat perayu layar yang ditempahnya sudah hampir siap. Harganya hampir sama dengan duit Felcra yang nak bantu berpuluh ribu peserta yang punya anak untuk bantuan persekolahan.



Bila dia bercakap dengan sombong dan angkuhnya bahawa anaknya Kamalludin Bin Dato Seri Diraja Maharaja Bendahara Abdullah sudah banyak duit dan kaya, sebenarnya dia tidak bodoh. Abdullah Hj Ahmad dalam perkara ini dia cerdik dan pandai. Jika ditanya orang, mana datang duit begitu banyak bagi membeli perayu layar mewah, semesti dia menjawab "anak saya ada duit dan dia kaya" dia belikan untuk saya kerana dia bimbang saya kesunyian setelah kematian isteri. Maka pembelian itu secara sendiri menjadi halal dan BPR pun yang punya pegawai baru 300 orang itu hanya sekadar digunakan untuk mengintip konstable polis yang sudah ada didadanya perkataaan "Saya Anti Rasuah" tetapi tidak perkataan "Memberi rasuah satu kesalahan" yang memberi pengertian dalam Malaysia ini hanya Polis sahaja yang anti rasuah tetapi Kastam, Imigeresen, Penguatkuasa DBKL dan lain-lain anggota perkhidmatan awam tidak anti rasuah. Pelik tetapi benar.


Berdasarkan kenyataan Abdullah Hj Ahmad, bahawa dia amat suka dengan suasana dan tempat dipantai peranginan di Turkey itu, sudah pasti ada pertanda jika dia bersara atau disingkirkan dari jawatan Perdana Menteri bila kalah pilihanraya akan datang, disitu tempat dia berada untuk menghabiskan sisa hidup dengan senang lenang. Agaknya disitulah jari jemarinya menghitung untung menjadi Perdana Menteri dengan tidak mencari wang berjuta tapi berbillion, tidak harta bertimbun tetapi harta menggunung dan tidak mencari kawan untuk berpoya tetapi mencari kawan memancing ikan dengan yacht mewah.


Bagaimana pula rakyat Malaysia , kekallah dia macam iklan "Sehingga Menjilat Jari" sedang Abdullah Hj Ahmad sudah berhenti jadi Perdana Menteri dan hidup mewah dengan hasil dia menjadi Perdana Menteri. Mungkin dia berkata "Bukan saya tak hendak jadi Perdana Menteri berpenggal-penggal macam Dr Mahathir tetapi rakyat sudah menolak dan membuang saya dan ini bukan salah saya" Itu sebab Abdullah Hj Ahmad sudah macam dikatakan orang, bila soal tuntutan rakyat terhadap bermacam isu, dia macam "masuk telinga kiri keluar telinga kanan" tidak diendahkan langsung sensitiviti rakyat.Bila TOL-Tipu Orang Lalu lalang dinaikkan sebagai hadiah tahun baru, maka berkatalah dia bahawa kerajaan tanggung dan rakyat pun perlu tanggung.


Dan berkata pula seorang Menteri bahawa TOL di Malaysia lebih murah pada negara lain. Soalnya kalau di siasat kesemua TOL di negeri orang dihalakan ke tempat orang mampu bayar seperti ke AirPort, Pelabohan atau Lebuhraya freeway yang bermaksud Jalan raya jarah jauh. Tetapi di Malaysia terdapat TOL yang dibuat dalam keadaan sejengkal dan menuju ke kawasan perumahan.Rakyat yang marah bukan tidak mahu bayar TOL yang dikenakan tetapi bagaimana dengan sara hidupnya yang terus meningkat tetapi nilai ringgitnya tidak sepadan. Bagi mereka yang bergaji RM 1000 dua puloh tahun dulu, ia adalah satu pendapatan mewah tetapi hari ini RM 1000 sama taraf dengan RM200, jika dia hendak hidup dengan mewah dalam keadaan masa ini maka dia perlu mendapat gaji sekurang RM 7ribu ke RM 9ribu.. mana nak dapat begitu?


Teori konspirasi dalam kes Razak Baginda


Kes membabitkan Abdul Razak Abdullah Baginda, 46 dalam pembunuhan model mongolia Altantuya Shaaribu 28, dengan mengunakan bahan peledak C4 sehingga badan mangsa hancur berkecai di sebuah kawasan terpencil berhampiran Puncak Alam nampaknya menjadi semakin sensitif.


Ia menjadi begitu sensitif kerana rakyat begitu berminat untuk mengetahui perkembangan kes ini kerana' ia berkisar kepada tiga aspek utama iaitu, pertama; pembabitan UTK (Unit khas yang berkhidmat untuk Perdana Menteri dan Timbalannya), kedua; pengunaan bom jenis C4 (bahan letupan hanya boleh diperolehi oleh anggota tentera dan anggota polis tertentu sahaja), dan ketiga; Razak bebas dengan bon jaminan.


Sehingga mendorong Timbalan Pendakwa Raya (DPP), Salehudin Saidin untuk memperjelaskan hanya tiga tertuduh sahaja yang terbabit dengan kes, sedangkan banyak tohmahan dan sindiran bahawa ada pihak lain terbabit berdasarkan tiga aspek di atas.


Kenyataan DPP Salehudin yang bertujuan untuk menepis tohmahan, sebenarnya dibimbangi lebih mengundang banyak keraguan berdasarkan, antaranya kenyataan isteri Razak, Mazlinda Makhzan, mendakwa suaminya tidak bersalah, diperangkap dan tidak mahu menjadi Perdana Menteri, penarikan diri peguam Dato' Muhammad Shafie Abdullah dan perubahan bon jaminan dengan jaminan deposit RM1 juta beserta dua penjamin.


Namun apa yang disebut oleh Salehudin itu sejajar dengan hasrat Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan, yang minta supaya media massa jangan mendahului siasatan polis dengan membuat sebarang spekulasi berhubung kes-kes jenayah, khusus bagi kes yang mendapat perhatian umum.
Menurut KPN, sebarang spekulasi keterlaluan boleh menimbulkan suasana tegang di kalangan masyarakat dan beliau bimbang masyarakat umum akan menyalahtafsirkan sesuatu kes tersebut.


Memang, seharusnya pihak berkuasa bertegas supaya media tidak menjatuhkan hukuman kepada mana-mana individu sebelum penyiasatan rapi dibuat dan sehingga tertuduh didapati bersalah oleh mahkamah.

Namun, alangkah baiknya seorang yang berjawatan tinggi seperti Musa ini menyedari bahawa betapa perlunya maruah dan keperibadian seseorang itu dipelihara sebelum hukuman dijatuhkan atas apa-apa kesalahan yang dilakukannya.

Sunday, December 17, 2006

Daulat Tuanku !!!!!!!!!!


Hari ini akan sempurnalah pertabalan DYMM Seri Paduka Banginda Yang Dipertuan Agong yang ke XIII iaitu Tuanku Sultan Terengganu serta Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah.Negara dan dunia akan melihat dan menonton proses pertabalan Raja berperlembagaan di Malaysia yang unik dan tidak ada di mana-mana negara lain.Sekali lagi kita akan menyaksikan sejarah berulang, dalam kita membahaskan isu menutup aurat dan pakaian sopan, bahawa Raja Permaisuri Agong Malaysia akan sekali lagi terdiri dari kerabat yang mengenakan pakaian yang menepati hukum Islam.


Ianya dimulakan dengan Tuanku Siti Aishah iaitu Raja Permaisuri ke XI dari Selangor dan kini dituruti oleh Raja Permaisuri ke XIII ini (walaupun saya biasa melihat sebuah buku koleksi gambar-gambar bersejarah bahawa Raja Permaisuri ke II dari Selangor dahulu pun biasa mengenakan pakaian yang sama, mungkin Abu Qamar dari London boleh confirm kan)


Semoga ianya akan memberi kesan kepada rakyat Malaysia yang lain khasnya yang beragama Islam terutama isteri-isteri menteri, menteri dan timbalan menteri dan lain-lain pemimpin wanita yang beragama Islam.Daulat Tuanku.

Asri, hati-hati dengan jawatan mufti anta


"Islam adalah agama nasihat.
Ana ingatkan anta sebagai sahabat
Agar ingat dan bermanfaat
Jadi bekalan dunia akhirat...

Dulu hanya pensyarah universiti
Sekarang sudah jadi mufti
Kenal Shahidan jawatan diberi
Sudah istikharah minta pilihan sejati?

Jawatan mufti bukan mudah
Sentiasa saja sering terdedah
Kepada ujian dan juga fitnah
Kalau tak jaga akan kalah


Dulu suka sangat berdebat
Ramainya, antaranya Astora Jabat
Untuk agama atau saja nak menyakat
Hanya Allah yang tahu niat


Umur muda terima jawatan
Ilmu ada kurang pengalaman
Seeloknya diberi kepada yang 50an
Agar ilmu dan pengalaman disekalikan


Bacalah kisah Imam Shafie
ulama lain, juga tabie
Terima jawatan rasa ngeri
Silap buat azab menanti


Tumpukan pada perkara dasar
Aqidah, syariah, jangan dibiar
Rasuah, membazir juga mungkar
Semuanya mesti dibongkar


Anta adil anta selamat
Anta zalim anta dilaknat
Ucapan mufti sentiasa dilihat
Sama ada baik atau jahat


Qadhi ada 3 golongan
2 neraka, 1 ke syurga tiada teman
Mufti entah apa gerangan
Hati-hatilah dengan jawatan


Bukan kritik bukan ajar
cuma nasihat supaya didengar
dari ana rantisi_jr"

Amazing Ruqaya'



Ruqaya al-Ghasara: Saya bersyukur kerana menjadi seorang Islam. Ini satu anugerah. Pencapaian saya ini adalah satu kejayaan kepada wanita arab, dunia Arab, Islam dan wanitanya. Memakai pakaian bertutup sebenarnya telah mendorong saya. Ia bukan halangan. Secara bertentangan ini menggalakkan berusaha lebih. Memakai hijab membuktikan wanita Islam masih tiada halangan. Kenyataannya ia menggalakkan mereka terbabit dalam sukan. Malah saya juga layak ke kejohanan Dunia di Osakan tahun depan.


Boleh juga ditonton di sini:
http://video.google.com/videoplay?docid=6347673650280881388

Download Video:
http://www.4shared.com/file/7341433/90ca1807/atlet_bangga_islam.html

"Kena sebarkan video ni kepada mailing list2 yang lain. Rasanya lepas ni MSSM dah takboleh nak ban anak-anak gadis kita yang nak pakai hijab waktu berlari..."
-Ust. Maszlee-
Aku : Mintak Datuk Azalina tolong jawab/ ulas kate-kate pemenang kite ni...amacam ??ade berani ???

Saturday, December 16, 2006

Gambar KUSTEM dari setelit berupakan lambang salib?


Kami Telah menerima email yang disertakan beberapa keping gambar dari setelit yang di diambil dari ruang udara KUSTEM.Gambar tersebut dari bumbung salah sebuah bangunan yang terdapat di dalam kawasan kampus tersebut.Gambar ini dikatakan telah tersebar luas melalui email.


Gambar setelit atas bumbung bangunan KUSTEM


Bila Gambar ini di zoomkan imej semakin jelas



Inilah yang dikatakan lambang salib oleh pengunjung yang telah menghantar gambar ini kepada kami melalui email.

PERUTUSAN KHAS

DARIPADA



Friday, December 15, 2006

96.2 peratus pengguna daftar talian prabayar-BE CAREFULL ALL OF U GUYS!!!


SAAT-SAAT AKHIR: Orang ramai mendaftar talian prabayardi Menara Maxis KLCC di Kuala Lumpur, semalam.
Komen sket : Minggu lepas, aku naik kereta bersama ayahku yang tercinta (yang segak lagi tidak merokok, i'm proud)..Ayahku telah menumpangkan membernya ke bandar.
Al-kisahnya, member ayahku bagitau, sekarang ni no handset sume kena daftar coz kerajaan nak pantau sume percakapan manusia di bumi Malaysia nih. Semua perbualan kita nowdays Bukit Aman boleh dengar, macam-macam ada...suami isteri bergaduhlah..ni member ayahkulah yang habaq mai...so sahabat-sahabat sume be careful..jangan disangka sungai yang tenang tiada buaya (translate cndrilah bahasa Kedah).
Tak lama lagi aku rase, internet pun dia pantau..Zahid Hamidi dah kuarkan warning about this..

Saturday, December 2, 2006

Trajedi Surau Kg Berembang

Saksikan dengan mata anda sendiri airmata penduduk Kg Berembang!!! Trajedi Surau Kg. Berembang. Moga tuan puan semua tidak tidur lena kerana perbuatan tuan puan terhadap rakyat yang lemah.

Istana menteri besar2, gubuk rakyat kecik umpama kotak pun nak roboh..Eeeiiii,,menteri2 Besar yg hampeh lagi hampassss nyiur. Contohi Tok Guru Nik Aziz Nik Mat.


http://www.tvpas.com/material.php?id=4419&cat=berita

Perkhabaran dari Istana Flat Ikan

Baru tadi aku terima berita dari sumber yang boleh dipercayai, semalam sepasang couple kena tangkap khalwat kat Flat Ikan sebelah Fakulti Perubatan, UPM.

Al-kisahnya, depa ni dah lama diperhatikan oleh mata2 yang tajam lagi menikam kalbu. Maka, jam 6.30pagi tadi, mereka pun ditangkap oleh JAIS. Time kasihlah pada abg2 pembanteras maksiat kite ni (BADAR) sampai tak tido mlm.Yang siswi baru jea sem 3, org Ganu plok tu, pakwe dia pun org Ganu gak.Malu aku...mane aku nak sorok muke aku ni..kalu sultan Mizan dengor pun, hisshh habis di amuknya seluruh bahtera UPM agaknya.

Mengikut sumber aku tu, kebanyakkan student yang ditangkap khalwat, basah dsb, rata2 org Ganu dan kelantan..Maka, si sumber pun bertanya padaku,''awat cam2, kan Ganu dan Kelate tempat org alim2.."sengih jealah aku.

Friday, December 1, 2006

Altantuya Sharibuu...


Pelik tapi benar...salah seorang pegawai teringgi polis mengarahkan agar orang ramai tidak membuat spekulasi mengenai kes Altantuya..manakala pihak media yang menyiarkan kronologi kes tersebut telah dipanggil polis untuk soal siasat. Nampaknya sang media lebih hebat drp polis sendiri, lebih cekap mendapatkan maklumat. Aku bukannya apa, melampau sgtlah depa ni, tak nak bagi rakyat malaysia bergosip isu ni.Lama dulu macam-macam spekulasi timbul mengenai kemalangan Lady Diana dan Dody Al-Fayed,konspirasi dirajalah dan mcm2 lagi. takdelah pulak Ratu Elizabeth melenting, takdelah pulak arahan suruh rakyat jelata jgn bercakap soal kematian Lady D.Hmmm, Malaysia ni ghalohkan negare bseor nampak.

Gempar


RO, Rusli, Yunus dan Zul kena tangkap polis kerana mempertahankan rumah Allah di Kg. Berembang, Ampang.

BUatmu pejuang Agama,Moga Iman Perisai Kemuliaanmu, Moga Taqwa Benteng Peribadimu,Moga SHahid Jadi Milikmu, Moga JANNAH kan memanggil Dirimu"

SUBHANALLAH WALHAMDULILLAH WA LA-ILAHA-ILLALLAH WALLAHU-AKBARO

Surau Kg Berembang akhirnya diroboh MPAJ-Rusly-Islam kena belasah



AMPANG, 30 Nov - Pihak berkuasa Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akhirnya berjaya merobohkan Surau Kg Berembang walaupun berhadapan dengan tentangan sengit para penduduk dan sukarelawan yang cuba mempertahankan "Rumah Allah" itu.
Dengan kekuatan 100 anggota, penguatkuasa MPAJ bertindak rakus merempuh benteng manusia yang dibina penduduk dan sukarelawan lantas menggunakan gergaji besi untuk mengoyakkan pagar besi surau yang dikunci rapi penduduk.
Selepas berjaya menceroboh masuk ke kawasan surau tersebut, gerombolan penguatkuasa MPAJ merempuh masuk ke dalam surau tanpa menanggalkan kasut dan bertindak memecahkan peralatan dan tingkap kaca surau berkenaan.
Sekumpulan kanak-kanak, wanita dan lelaki yang "berkubu" di dalam surau diheret dengan ganas keluar daripada surau tersebut setelah pergelutan berlaku antara mereka dengan pegawai penguatkuasa MPAJ yang hampir keseluruhannya beragama Islam.
Sebuah jentolak digunakan bagi merobohkan bahagian hadapan surau ketika para penduduk dan sukarelawan melaungkan "Allahuakbar".
Seramai 11 orang penduduk dan sukarelawan ditahan dalam operasi ganas itu manakala empat orang penduduk pengsan akibat dikasari penguatkuasa MPAJ.
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayub, wakil-wakil NGO dan persatuan pelajar berusaha menenangkan penduduk.

Catatan perobohan surau Kampung Berembang-SU PMIUPM kena pukul ngan MPAJ







KUALA LUMPUR, 1 Dis - Wartawan Harakahdaily, Azamin Amin dan Anis Nazri serta jurugambar Mohd Nasir Sudin berada di tempat kejadian dan 'merakam suasana' ketika Surau Kampung Berembang dirobohkan pagi semalam. Azamin menulis, beliau jarang menyaksikan kejadian yang begitu menyayat hati dan mencengkam dada, namun hari itu, jiwanya meruntun jua.
Berikut adalah catatan kasar beliau mengenai kronologi kejadian itu.
Lokasi Surau Ar-Rahimah Kampung Berembang, jam 9.00 pagi...hujan gerimis
Renyai hujan pagi itu, menandakan kesuraman di suasana Kawasan Kampung Berembang sedang bersedia 'meratapi' kesayuan kerana rumah Allah yang dibina atas limpahan peluh dan jerih payah akhirnya bakal tumbang walaupun dihalang dengan kudart, darah dan air mata hamba-Nya.
Penduduk kira-kira 30 orang sudah mula berkumpul dan mundar-mandir sekitar surau dua tingkat yang tersergam gagah.
10.00 pagi
- Secara perlahan-lahan empat buah jentolak mula memasuki kawasan berhampiran surau.
Tidak terkecuali, dua buah trak tunda untuk 'menarik' kenderaan penduduk yang menghalang jalan.
10.15 pagi
- Ketumbukan pasukan 'angkatan pemusnah' yang terdiri daripada pasukan Majlis Ampang Jaya (MPAJ) lebih 100 orang, anggota polis berpakaian preman dan seragam termasuk FRU dan dua pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menghampiri penduduk dan orang awam yang mula membenteng surau tersebut.
Dari jauh, kelibat beberapa orang daripada pihak pemaju sedang memerhatikan kerja-kerja yang bakal di lakukan oleh 'angkatan pemusnah'
Pegawai Jais cuba memujuk penduduk dan meminta penduduk mengosongkan kawasan surau tersebut
Penduduk dengan air mata merintih supaya pihak Jais berunding dengan pihak MPAJ akan menangguhkan perobohan surau tersebut.
Kata penduduk, jika keputusan tidak menyebelahi, mereka reda dan mereka masih mempertahankan surau tersebut kerana selain tempat solat dan beribadat, ia menjadi 'pusat perlindungan' sementara bagi penduduk kerana beberapa hari lalu MPAJ telah bertindak merobohkan lebih 50 kediaman dan penempatan mereka. Di sekeling surau, kelihatan khemah-khemah didirikan oleh penduduk kerana mereka tiada tempat berlindung.
Surau tersebut juga adalah tempat tidur bagi sesetengah kanak-kanak malang yang rumah mereka telah dirobohkan.
10.45 pagi
Rundingan gagal malah pegawai Jais tidak langsung berusaha untuk memujuk MPAJ dan tanpa hati kemanusiaan, MPAJ dengn keras hati memulakan kerja-kerja dengan mengarahkan supaya memasuki surau tersebut, namun pintu pagar hadapan dikunci oleh penduduk.
Sementara MPAJ mencari jalan, kira-kira 20 orang menunaikan solat hajat di hadapan pintu pagar tersebut. Selesai sahaja mereka kemudian berzikir dan berselawat secara beramai-ramai bersama penduduk kampung yang berada di situ kerana mahu mempertahankannya.
Seorang anggota MPAJ menghidupkan enjin gergaji besi untuk memotong pagar tepi surau tersebut dan melihat sahaja keadaan itu penduduk dan orang awam mula membina benteng - tangan bersilang tangan bagi menghalang daripada MPAJ merempuh masuk ke dalam surau.
11.00 pagi
'Perang bermula' Tanpa sekelumit rasa simpati dan perikemanusiaan MPAJ dengan kasar merempuh benteng manusia dengan mengasari mereka, memukul, menyiku, mencekak dan menumbuk beberapa orang penduduk.
Asak-mengasak berlaku, dan dua daripadanya telah diheret daripada kumpulan benteng manusia itu ke satu sudut oleh enam orang MPAJ dan polis
Kanak-kanak yang berada di atas surau menyanyikan lagu 'Negaraku'.
Pergelutan terus berlaku di empat penjuru yang berbeza dan keadaan menjadi tegang dan hilang kawalan. Keadaan menjadi bertambah buruk apabila anggota polis dan FRU turut masuk campur dan bertindak memukul penduduk serta penyokong mereka yang berhimpun di situ.
Setelah pagar tepi dipotong, penguat kuasa MPAJ meluru masuk ke dalam surau dan merempuh kumpulan remaja perempuan dan kanak-kanak yang menjadi 'kubu manusia' di dalam surau tersebut.
Seorang wanita pengsan kerena diheret dan bergelut dengan anggota wanita MPAJ
Di bahagian bawah surau, tiga beranak merantaikan diri mereka di tiang surau tersebut kerana tidak sanggup membiarkan MPAJ merobohkannya.
Peristiwa memilukan ini berakhir dengan MPAJ memotong rantai besi tersebut dan bergasak dengan tiga beranak itu yang mengakibatkan si suami tersebut muntah-muntah dan kemudiannya pengsan.
MPAJ menyelongkar, mengumpil cermin tingkap dan memecahkan bahagian dalam surau tersebut bagi memudahkan jentolak untuk 'memusnahkan' surau itu.
Di luar surau masih berlaku pergaduhan serta pergelutan kecil dan insiden kejar mengejar antara anggota dan beberapa penduduk di situ.
Teriakan, jeritan dan pekikan kaum wanita kerana meratapi perbuatan ganas MPAJ menyelubungi suasana
Di bahagian tepi surau kelihatan tiga remaja perempuan hampir pengsan dan longlai akibat bergelut dengan MPAJ
Kemuncaknya, 11 ditahan oleh anggota polis yang terdiri daripada pendudk kampung dan aktivis pelajar
Tragedi Kampung Berembang seolah-olah mengulangi situasi Memali apabila pihak berkuasa merempuh masuk ke madarasah untuk menangkap individu tertentu. Bezanya tiada tembakan dan gas mata mewarnai suasana kali ini. Bezanya pihak berkuasa kali ini merempuh masuk, untuk memusnahkan surau.
12.30 tengah hari
Sebuah jentolak merobohkan bahagian hadapan surau ketika para penduduk dan sukarelawan melaungkan "Allahu-Akbar","Hidup rakyat" dan "Hidup Islam" bergema di ruang angkasa Kampung Berembang.
01.00 petang
Akhirnya, 'Rumah Allah' roboh jua dan azan Zuhur sudah tidak berkumandang lagi...
Kampung Berembang kelihatan seperti 'zon perang' dengan penduduk "bergelimpangan", antaranya menangis kesakitan, manakala sebahagian lagi pengsan dan cedera dipukul MPAJ dan polis.
Yang masih tersergam di surau tersebut ialah sebatang tiang elektrik yang dililit dengan bendera-bendera kecil Barisan Nasional.
Penutup
Menutup 'acara pesta' meroboh surau pada hari itu ialah, acara 'majlis makan nasi bungkus' anggota MPAJ dan polis secara beramai-ramai di dalam trak, di bawah dan di celah pokok sambil memerhatikan penduduk-penduk yang kesedihan, kepenatan apatah lagi kelaparan.
Dan yang paling menarik upacara nasi bungkus itu khabarnya ditaja oleh pemaju yang bakal membina projek di atas tapak surau...