Friday, December 22, 2006

Belayarlah Pak Lah


Sama ada benar atau tidak apa yang tersiar dalam berita internet dan blogger akan kisah pembelian yacht atau perahu layar yang mewah dengan harga hampir RM30 juta Malaysia oleh Perdana Menteri Malaysia, merangkap Imam Besar Islam Hadhari Abdullah Bin Hj Ahmad, pengarang sajak "Mencari Damai Abadi" yang mengatakan bahawa "aku tidak mencari wang berjuta dan harta bertimbun" itu adalah soal kedua.


Soal pertama ialah masa dia hendak berangkat keluar Negara minggu lepas, orang yang menghantarnya dan mencium tangan untuk mendapat berkat, hanya tahu dia ada urusan rasmi di luar Negara kerana melawat Venezuela dan tidak pula dikatakan bahawa dia ada program melawat tempat perahu layarnya yang dibina di Turkey.


Dalam masa dan saat berjuta rakyat Malaysia tidak tidur nyenyak kerana memikirkan bermacam masalah kehidupan dalam seminggu dua lagi ; Tol naik, pertanda harga minyak akan turun tidak ada, kehidupan sudah bercorak gali lubang tutup lubang dan jika tersilap macam peminjam along masuk lubang terus. Beban yang ditanggong oleh rakyat yang punya anak lebih dari satu untuk masuk sekolah tidak terkata, mana nak cari duit? Tiba-tiba Perdana Menteri yang selalu tidur nyenyak dan tidur dimana sahaja, diberitakan pergi melihat perayu layar yang ditempahnya sudah hampir siap. Harganya hampir sama dengan duit Felcra yang nak bantu berpuluh ribu peserta yang punya anak untuk bantuan persekolahan.



Bila dia bercakap dengan sombong dan angkuhnya bahawa anaknya Kamalludin Bin Dato Seri Diraja Maharaja Bendahara Abdullah sudah banyak duit dan kaya, sebenarnya dia tidak bodoh. Abdullah Hj Ahmad dalam perkara ini dia cerdik dan pandai. Jika ditanya orang, mana datang duit begitu banyak bagi membeli perayu layar mewah, semesti dia menjawab "anak saya ada duit dan dia kaya" dia belikan untuk saya kerana dia bimbang saya kesunyian setelah kematian isteri. Maka pembelian itu secara sendiri menjadi halal dan BPR pun yang punya pegawai baru 300 orang itu hanya sekadar digunakan untuk mengintip konstable polis yang sudah ada didadanya perkataaan "Saya Anti Rasuah" tetapi tidak perkataan "Memberi rasuah satu kesalahan" yang memberi pengertian dalam Malaysia ini hanya Polis sahaja yang anti rasuah tetapi Kastam, Imigeresen, Penguatkuasa DBKL dan lain-lain anggota perkhidmatan awam tidak anti rasuah. Pelik tetapi benar.


Berdasarkan kenyataan Abdullah Hj Ahmad, bahawa dia amat suka dengan suasana dan tempat dipantai peranginan di Turkey itu, sudah pasti ada pertanda jika dia bersara atau disingkirkan dari jawatan Perdana Menteri bila kalah pilihanraya akan datang, disitu tempat dia berada untuk menghabiskan sisa hidup dengan senang lenang. Agaknya disitulah jari jemarinya menghitung untung menjadi Perdana Menteri dengan tidak mencari wang berjuta tapi berbillion, tidak harta bertimbun tetapi harta menggunung dan tidak mencari kawan untuk berpoya tetapi mencari kawan memancing ikan dengan yacht mewah.


Bagaimana pula rakyat Malaysia , kekallah dia macam iklan "Sehingga Menjilat Jari" sedang Abdullah Hj Ahmad sudah berhenti jadi Perdana Menteri dan hidup mewah dengan hasil dia menjadi Perdana Menteri. Mungkin dia berkata "Bukan saya tak hendak jadi Perdana Menteri berpenggal-penggal macam Dr Mahathir tetapi rakyat sudah menolak dan membuang saya dan ini bukan salah saya" Itu sebab Abdullah Hj Ahmad sudah macam dikatakan orang, bila soal tuntutan rakyat terhadap bermacam isu, dia macam "masuk telinga kiri keluar telinga kanan" tidak diendahkan langsung sensitiviti rakyat.Bila TOL-Tipu Orang Lalu lalang dinaikkan sebagai hadiah tahun baru, maka berkatalah dia bahawa kerajaan tanggung dan rakyat pun perlu tanggung.


Dan berkata pula seorang Menteri bahawa TOL di Malaysia lebih murah pada negara lain. Soalnya kalau di siasat kesemua TOL di negeri orang dihalakan ke tempat orang mampu bayar seperti ke AirPort, Pelabohan atau Lebuhraya freeway yang bermaksud Jalan raya jarah jauh. Tetapi di Malaysia terdapat TOL yang dibuat dalam keadaan sejengkal dan menuju ke kawasan perumahan.Rakyat yang marah bukan tidak mahu bayar TOL yang dikenakan tetapi bagaimana dengan sara hidupnya yang terus meningkat tetapi nilai ringgitnya tidak sepadan. Bagi mereka yang bergaji RM 1000 dua puloh tahun dulu, ia adalah satu pendapatan mewah tetapi hari ini RM 1000 sama taraf dengan RM200, jika dia hendak hidup dengan mewah dalam keadaan masa ini maka dia perlu mendapat gaji sekurang RM 7ribu ke RM 9ribu.. mana nak dapat begitu?


No comments: